Bittak's Love Nest (FB page)

Monday, January 16, 2012

Getting tired!

Salam,

Wahhh, punyalah lega melepaskan satu bebanan yang tidak kurang hebat beratnya. Alhamdulillah sebab berjaya juga aku memenuhi keinginan sendiri. Aku buat keputusan bukan atas sebab orang lain , tetapi untuk diri sendiri, tetapi dah minta pandangan ibu bapa semua dah, adik pun macam happy aku nak balik rumah. Ececececececeh~

Aku bukan memilih sangat kerja, cuma aku bergelut dengan banyak masalah laaaa sebab kerja ni. Masalah transport, masalah jiwa, masalah disiplin. Hihi. Awok susah nak disiplin sangat, masa sekolah selalu kena tindakan disiplin, ehhhh tak laaaaa, aku budak baik. :-P

 Orang yang tak meletakkan dirinya 'dalam kasut aku' memang takkan mengerti dan memahami. Okay letih kot, lepas balik kerja orang lain dah sampai rumah, aku masih dalam bus ataupun tengah tunggu bus. Siap tertidur dalam bus, tak ada nak cover-cover. Cuma tadi aku tak selesa kot duduk dalam rapidKL sebelah mamat ni, dia berbual dalam telefon dengan mak dia...dari nada suara macam org utagha. Lepas tu, cerita pasal hukuman laaaaa, kena jumpa polis la, chek dah tak buat lagi la mak, dah 3 tahun ni. Aku yang naik seram duduk sebelah dia. Suara dah la kuat gila. Lepas tu, masa aku nak turun, aku terus langkah je kaki dia yang menjulur ke depan tu, sebab dia macam sengaja letak kaki situ, paham la sikit aku nak keluar....ngok......sssss...

Sekarang semuanya dah settle, aku dah selamat menjadi penganggur kembali. Tiba-tiba rasa macam happy gila pulak kan. Orang lain nak kerja ni, tapi ko yang dapat kerja tetiba nak berhenti? Mengada-ngada kan. Okays, semua tu rezeki Allah swt, Dia yang menentukan segala perjalanan hidup setiap hambaNYA, jadi kena redha. Sama ada ko dapat atau tak dapat kerja ni, semua tu ketentuan tuhan. Aku juga redha yang kerja ni bukan untuk aku, sebab itu aku berhenti, kerja dengan perasaan yang tak gembira , boleh mendatangkan ketidak-ikhlasan. Muahah~

Last but not least : Ko ingat ko best ke weyh? Cermin diri, bersihkan hati. :) Chaioooooww

Sekian sahaja~

Lots of love,
Bit Xamri

4 Cute Comments:

BezBuddy said...

dun worry..byk lg keje..yg penting usaha usaha usaha dan usaha :D

Bit Xamri said...

betul tuu~

Zul n Azizi Boarding Pets said...

Salam Bit Xamri,

Biasalah masalah tu ada pada tiap-tiap manusia cuma besar atau kecil je masalah tu kan...yang penting kita ikhlas & redha untuk menerima masalah tu...maybe ada hikmah LOL..Nice sharing

BTW Kami singgah & follow blog Bit Xamri, jangan lupa singgah & follow blog kami lepas ni ye.. :-)

www.mylovely-cats.blogspot.com

Bit Xamri said...

thanks ZABP.. :)

Blog's Owner

My Photo
Tampin, N9, Malaysia
Graduan UKM 08/11. Pesanan saya, jangan meludah dan buang sampah merata-rata. Korek hidung dalam bilik mandi. Sayangi Malaysia Negara Tercinta.

Pandanglah Lihatlah. :)