Bittak's Love Nest (FB page)

Tuesday, January 24, 2012

Berangan

Kehadapan blog,

Setiap hariku penuh dengan angan-angan. Terasa berat pulak kepala ni bila makin hari makin bertimbun angan-angan. Satu angan ni macam seketul batu atas kepala, kalau dah banyak sangat angan-angan, makin berat-panas-berasap kepala.

Kenapa selalu sangat berangan?

Mungkin sebab aku tak ada benda itu. Aku nak benda itu. Aku belum ada ia. Teringin nak ada. Orang lain ada, jadi aku pun nak. 

Ataupun......hari-hari benda yang sama dan tak pernah ada perubahan, jadi aku mula berangan.

Bagus ke berangan? 

Macam Mat Jenin, suka berangan.....

Kadang-kadang berangan boleh buat kita sedikit lega,
"Ohhh tak apa, satu hari nanti aku akan ada itu"..

Berangan boleh buat kita bekerja keras, 
"Aku nak ini itu, jadi kena berusaha untuk ini itu"...

Kesimpulannya,

ANGAN TANPA USAHA,
TAK BERMAKNA.


Jadi Minah Jenin je laaaaaaaa oii...

Ikhlas,
Bit Xamri

0 Cute Comments:

Blog's Owner

My Photo
Tampin, N9, Malaysia
Salam. Hi. Minta maaf dengan kata ganti diri 'aku' kepada yang lebih berusia. Nama siberku Bit Xamri. Aku berusia 22 thn. Adik2 boleh panggil 'kakak', kakak2 boleh panggil aku 'adik'. :). Gemar menulis blog di waktu lapang. Sentiasa menjaga etika di alam siber. Punya banyak impian untuk dikotakan. Bercita-cita tinggi. Sayang kucing2 ku (Colo,Coki,Oncet). Sila tegur jika ada salah dan silap. Akhir kata, semoga anda ceria selalu. :) Much love : Bit

Pandanglah Lihatlah. :)