Bittak's Love Nest (FB page)

Wednesday, November 16, 2011

Orang berbudi, kita?


Macam pepatah Melayu ada cakap "Orang berbudi, kita berbahasa"..
Dalam aspek 'budi' yang aku nak perkatakan ini adalah mengenai budi yang diterima..
sepanjang aku praktikal di Veterinar...
FYI, aku praktikal dekat gila dengan rumah aku, 
Ada la dalam lima minit je nak sampai, itupun sebab ada traffic light (dua kali)
Kalau traffic light tak ada, aku confirm sanggup jalan kaki je.. hehe..

Alasan! Padahal malu nak jalan kaki,
Dulu masa kecik2, bila tak ada orang amik kat sekolah rendah dan kindergarten, 
kena balik jalan kaki, sampai rumah...berjujuran air mata....huuu
Tak pasti nangis sebab kaki lenguh atau malu dengan orang lalu lalang..Hahahaha...(haremmm)

Okays, pasal 'budi' kembali...
Dulu masa dekat Veterinar, point utama minta tempat praktikal yg dekat...
Adalah sebab nak kurangkan kos makan, sewa rumah dan sbg nya..

Tapi bila dahh start berpraktikal,
Aku balik rumah untuk lunch cuma pada minggu awal2 je.
Minggu seterusnya aku lepak dengan mereka-mereka (officemate)
Sehinggalah tamat praktikal selama 3bulan..

Bayangkanlahhh berapa banyak yea kakak-kakak ni menghabiskan wang ke aku..
Huishhhh memang tak sampai hati...
Tapi mereka sangat baik, tak dapat menolak...
Kitorang memang geng....lepak berkali2, karaoke berkali2, facial treatment pun sekali...

Okays, orang yang aku maksudkan adalah kak wahida..
Kak suria... (pekerja lelaki ada juga)
Tapi mostly yang banyak belanja aku adalah akak berdua ni..
Dua-duanya baik!!! Serius...kamcing!
Tapi sayangnya kak suria dah pindah ke Jelebu..
Sebab rumah (Jempol) ke Tampin, dalam 1 jam jugak...
So ke Jelebu , macam dekat sikit...
Jadi, tinggal Kak Wahida je yang ada....

Beberapa hari ini, aku sering jugak lawat kak wahida...
Sebab tak lama lagi mungkin aku akan ke KL..
Tuntutan kerja...
Aku pun tak tahan la menganggur.! huhu
Duit tak masyuk2.....duit keluar pun tak ada....

Aku selalu ingatkan diri ni, supaya tidak boros...
Bila dah bekerja nanti...
Sebabnyaaa, aku nak saving untuk balas budi mereka...
Aku dah pernah cakap kat kak wahida, 
Kalau aku tak dapat balik ke Tampin, aku bank in je la setiap bulan..
(dengan nada gurauan)..

Tapi kalau boleh nak la meet up!...
Maybe ronda-ronda sambil shopping...
Kan??? 
Pastu dapat jumpa anak kak wahida...
Aniq...serius hensem and cute...
Dengan celotehnya... 'auntie.....auntie......'.... :) hehe


Yang penting???? 
Supaya ditetapkan hati, dan tak lupa pada yang banyak berbudi kepada aku..
Jasa mereka sangat besar!...
Bila orang dah berbudi, kita?????
Kita teringat-ingat budi tuuu, dah cuba untuk membalasnya....
Waktu susah sama-sama, senang pun sama-sama! 


p/s : interview untuk jawatan CSR di vads pada 18Nov, aku takut sangat, dan tak letak apa-apa expectation sebab susah gilaaaa interview dia, ada 4stage... (dari research aku laaaa, tak tahu la kalo dah tukar sistem)..huhuhu

Muccchhhhooosss Love ;
Bit Xamri

0 Cute Comments:

Blog's Owner

My Photo
Tampin, N9, Malaysia
Salam. Hi. Minta maaf dengan kata ganti diri 'aku' kepada yang lebih berusia. Nama siberku Bit Xamri. Aku berusia 22 thn. Adik2 boleh panggil 'kakak', kakak2 boleh panggil aku 'adik'. :). Gemar menulis blog di waktu lapang. Sentiasa menjaga etika di alam siber. Punya banyak impian untuk dikotakan. Bercita-cita tinggi. Sayang kucing2 ku (Colo,Coki,Oncet). Sila tegur jika ada salah dan silap. Akhir kata, semoga anda ceria selalu. :) Much love : Bit

Pandanglah Lihatlah. :)