Bittak's Love Nest (FB page)

Blog's Owner

My Photo
Tampin, N9, Malaysia
Graduan UKM 08/11. Pesanan saya, jangan meludah dan buang sampah merata-rata. Korek hidung dalam bilik mandi. Sayangi Malaysia Negara Tercinta.

Monday, November 14, 2011

"Mulut je jahat, tapi hati baik"


Kelakar sungguh statement. Serius macam nak gelak terbahak-bahak bila dengar orang-orang begini buat statement begini dengan muka selamba tanpa rasa malu... :) Kalau dia mengaku dia 'tak cantik, tapi hati baik'...mungkin orang yang dengar statement tu tak rasa jelek(menyampah) sangat kot..

Tapi kalau mulut yang jahat itu selalu mengutuk, menghina, mencerca orang lain, adakah itu baik? Bukan ke macam yang kita tahu, semua yang kita buat datangnya dari hati..... Tapi semua ni antara diri dan Allah swt je yang tahu....Wallahualam

Hurmmm ....tak tahu kenapa tetiba je rasa macam nak tulis pasal benda ni... Mungkin sebab dah bosan dengan orang yang perasan baik walaupun hakikatnya selalu menyakitkan hati orang lain.. (tak ada kaitan dengan sesiapa, sekadar ayat macam dalam filem-filem). Walaupun kadang-kadang, orang yang bermulut jahat ini, bukannya jahat pun, tetapi masih ada sifat baiknya dengan membantu orang lain yang perlukan bantuan. Bermulut jahat/lepas hanya pada situasi tertentu....

'Mulut jahat' ni sama tak dengan 'mulut lepas'..?

Bagi aku sama, tapi ada jugak orang yang mulut lepas, bukan sampai tahap menghina atau mengutuk orang lain. Maksud aku, bila seseorang tu tengah bagi kritikan mengenai kebolehan sesorang yang lain....contoh paling dekat adalah 'Vokal bukan sekadar rupa'... Memang tak asing lagi laaaa, juri tetap setiap minggu tu...siapa tak kenal Komposer Azmeer. Orang cakap, dia kalau bagi komen memang lepas je, tak ada 'maksud tersembunyi'...atau berlapik ke... Tapi dia tak ada komen pasal rupa paras pun, dia banyak bagi komen pasal vokal, dengan harapan, komen tu dapat memberikan motivasi untuk peserta berfikir dengan lebih kreatif untuk minggu seterusnyaaaa..(itupun kalau tak tersingkir).. Kalau dalam aspek ni, aku rasa orang takkan ambil hati...(bergantung kepada individu yang menerima kritikan)

Tapi ada juga 'mulut lepas' yang tanpa usul periksa, main serkap jarang.... Itu boleh mendatangkan kemarahannnn. Orang yang bermulut lepas ni selalunya tak berfikir sebelum menyusun ayatnya. 

Aku rasa aku pun terkadang 'terlepas cakap'...sehingga di akhir perbualan tu, aku rasa macam 'hurmmmm, agaknya apa yang aku cakap tadi tu, buat si polan terasa tak ehhhhhh?'.... Sampai la kepada keadaan yang orang selalu cakap...'makan tak kenyang, mandi tak basah'....(walaupun selalu digunakan ntuk orang bercinta cintun). Itulah hakikatnya, setiap masa aku akan teringat-ingat kembali apa yang aku dah cakapkan itu. Rasa serba-salah, dan nak minta maaf. 

Tetapi ada juga orang yang 'mulut lepas' kepada sesuatu yang benar tetapi menyakitkan hati. Contohnya, mengenai ciri-ciri fizikalnya. Contoh paling mudah adalah ketinggian.. (hehe..aku yang terasa). Okays benda ni sangat biasa bagi segelintir orang yang rendah. Selalunya orang yang bermulut lepas adalah orang yang sudah tentu lagi tinggi atau tinggi berapa inci je dari mangsa(dan perasan tinggi sangat). Situasinya adalah semasa beratur di perhimpunan sekolah, hehe...kanak-kanak lagi kan. Jadi, si tinggi dengan selamba akan berkata 'Hah, ko rendah, ko duduk depan la'.. Sesuatu yang orang tak tahu, beratur di barisan paling hadapan bukanlah perkara yang menyeronokkan (bagi aku). Mesti kalau tak banyak pun, ada sedikit perasaan rendah diri..dan terasa dalam hati itu...dengan pasrah dalam hati mesti dia bermonolog...'Tahu la aku rendah, tak payah nak sebut kuat-kuat laaa, aku tahu la tempat aku kat mana'..

Okay kalau nak diceritakan semua pengalaman hidup, memang sampai volume 10 pun takkan habis. Itu serba sedikit pengalaman yang boleh aku tulis. Cerita ini tak ada kaitan dengan sesiapa pun yang hidup ataupun yang mati, malah tidak mahu mengaibkan sesiapa. Sekadar mahu mengingatkan diri sendiri untuk sentiasa mengatur setiap pertuturan. Hati setiap orang ini sensitif.

Dan ada suatu ketika, bila aku keluar berjalan-jalan di mall, dan singgah sebentar di kedai kasut. Kami pun melihat kasut-kasut yang ada, termasuklah kasut yang bertumit tinggi. Aku pun menyuruh teman ini, untuk mencuba. Tak lama lepas itu, dia terus cakap...'Aku tak suka pakai kasut tinggi, nampak macam jalang'.. Ehhh, aku masa tu macam terpanar, dia ni tahu ke tak 'jalang' tu apa? Sampai macam tu sekali dia punya persepsi dan mulut dia main lepas. Dia ada tengok tak kasut apa yang aku pakai masa itu. (heels la, walaupun tak tinggi mana). Sampai sekarang, aku tak pasti dia ada memakai kasut tinggi atau tidak. (tak pulak aku nak menjadi pemerhati dia lak kan). 

Okay itu je la, tak reti nak susun ayat walaupun dulu masa sekolah selalu dapat A karangan. Huwawawa. (berlagak). Bila makin membesar, mentang-mentang tak payah buat karangan dah, terus tak reti nak buat ayat karangan yang baik semasa tulis blog. Kuikuikui...

Yang penting, segmen kali ini untuk orang-orang yang mengaku 'mulut je jahat, tapi hati baik'.. Hehe.. Kalau rasa nak mengaku ada hati yang baik, baik lupakan je perangai 'mulut jahat' tu, barulah orang suka.! :)  Lagi satu, sekarang ni dalam facebook, memang galak semua orang nak tulis status kan, tak lupa juga twitter. Bahaya bahayaaaa..jangan sampai terlepas cakap, sampai melukakan hati orang lain yea. (contohnya dunia artis)....

Sebelum berpisah, ni ada sepotong hadis..

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu." (Riwayat Muslim)

Muchhh LOve,
Bit Xamri

p/s : entri ini sangat annoying....Pls leave if u don't like it... Huwawa~

0 Cute Comments:

Pandanglah Lihatlah. :)