Bittak's Love Nest (FB page)

Monday, November 14, 2011

Lelaki jangan ego sangat terutamanya dengan isteri


Mak selalu baca artikel kekeluargaan dalam surat khabar atau majalah. Lepas itu, cerita kat anak-anak. Ini cerita benar yang mak baru baca dan baru cerita petang tadi. Buat pedoman...

Kisahnya bermula apabila sepasang suami isteri ni yang berkahwin lima tahun tetapi belum dikurniakan zuriat. Si isteri selalu dipersalahkan oleh suami, kononnya mandul. Padahal, si isteri sudah pun membuat pemeriksaan dengan pakar, dan mereka mengesahkan si isteri normal dan subur. Tetapi setiap kali si isteri meminta si suami untuk membuat pemeriksaan doktor, si suami selalu mengelak dan memarahi si isteri dengan mengatakan si isteri yang menjadi puncanya(mandul). 
Pada suatu hari, si suami menyatakan hasrat untuk berpoligami dengan alasan kerana untuk mendapatkan zuriat, tetapi semasa ingin menandatangani borang kebenaran berpoligami itu, si isteri memberitahu bahawa, dia tidak sanggup berpoligami dan meminta si suami menceraikan beliau. Jadi, si suami yang marah ketika itu lantas menceraikan si isteri dengan talak satu.

Si suami pun berkahwin dengan isteri barunya. Manakala si bekas isteri ini masih bersedih di atas perceraian, lebih-lebih lagi perkahwinan yang di bina atas dasar cinta. Selepas habis masa idah bekas isteri ini, abang kandung kepada si bekas isteri ini telah mengenalkan seorang duda kepadanya(selepas 6bulan bercerai).

Kebetulan, si duda tidak kesah dengan status wanita ini. Selepas itu, mereka pun bernikah. Tak lama lepas itu, wanita ini dikejutkan dengan berita gembira, mereka bakal menimang cahaya mata. Si wanita ni sangat gembira tidak terkata. Si bekas suami mendapat tahu mengenai berita ini dan merasa kesal. 

Dan siapa tahu kuasa Allah, si bekas suami masih belum menimang cahaya mata sehingga kini. Tidak syak lagi............


Pengajarannya, jangan la senang-senang menyalahkan wanita, mentang-mentang lah wanita yang akan hamil. Sepatutnya, usaha la sama-sama untuk mendapatkan anak tanpa pernah putus asa. 

wassalam...

1 Cute Comments:

Aleeya (Yaya) said...

padan muka bekas suaminya haha

Blog's Owner

My Photo
Tampin, N9, Malaysia
Graduan UKM 08/11. Pesanan saya, jangan meludah dan buang sampah merata-rata. Korek hidung dalam bilik mandi. Sayangi Malaysia Negara Tercinta.

Pandanglah Lihatlah. :)