Bittak's Love Nest (FB page)

Monday, November 7, 2011

D.I.Y Cat House (Part 2)

Assalamualaikum
Hai all..


Sejak akhir-akhir ini terpengaruh sangat dengan Penchenta2 Kucing Otai. Dorang boleh hasilkan cat tree @ cat house yang sangat cantik dan nampak macam mahal...serius rasa nak buat jugak yang sama macam tu, tapi memandangkan bajet tak ada, kami cuma guna barangan terpakai, contohnya papan prop ini, kami jumpa kat rumah, jenis plywood, nipis. So, macam tak puas hati sangat, kalau dapat papan yang tebal sikit, much much better. Tapi rasanya macam nak modified dan tambah-tambah lagi banyak part dekat cat tree ini.


Adik aku banyak bertukang, dan banyak juga mencarutnya! Rasa nak paku je mulut dia, haha. Orang lelaki yang mulut itik dia ni la, membebel je keje,! Bila dia tengok aku gergajikan papan tu slow gila, terus dia geram....cakap aku tak reti buat keje....
 


Ini antara barangan yang digunakan, gergaji mini....comel gila, sebab itu lambat sangat nak siap potongnya. Eh tak ada dalam gambar pulaks, pembaris, pensel..itu je. Paku pakan juga ada.


Dah nak siap masa ini, tapi tetiba Colo melompat masuk, dan buat muka terkejut bila kena snap..


Cadangnya nak buat pintu yang macam cerita koboi tu. Haha..payah pulaks, at last lupakan je la niat nak buat sebab rumit.




Ini overview dari sisi cat house kami.! Tengok colo landing atas bumbung. Sepatutnya ada bumbung jenis segi tiga tu, tapi aku tak nak macam tu, so adik aku kena bukak balik...hehe..demand gila, orang dah buatkan tak bersyukur.....










Ini overview dari depan, ada pintu lagi satu, dengan platform untuk dia main panjat-panjat. Kalau ikutkan hati nak je buat 10tingkat cat tree (baru boleh panggil cat tree). Tapi yang sekarang ini dah macam dog house pulaks. Haha. (adik aku cakap). Takpe, nanti kalau ada budget boleh beli papan terpakai kat mana-mana then modify lagi.





Coki sedang landing dalam cat house.... Nampak buruk je cat house dorang sebab macam tak touch up apa lagi. Bogel lagi. Kalau ikutkan hati nak balut dengan kain yang sesuai kat dinding dan lantai dia. Tapi again and again...we don't have budget... Coki suka buat muka konon-konon garang!..uweeeee tak takot pun laaaaaa coki.!!!



Okays la tu aje, sambungan daripada entri sebelum ini. Pasal D.I.Y Cat tree@Cat house. 
Aku mempunyai impian untuk memiliki cat zoo! Hehe.. Wahhhh wahhh wahhh....best nye! InsyaAllah kalau dah ada rumah sendiri nanti, aku cuba makbulkan hajat ini..
p/s : tadi member baik aku call, kesian dia tengah bersedih sekarang, bakal ibu mertua dia kembali ke rahmatullah sewaktu melontar jamrah. Apa-apa pun aku hanya mampu sedekahkan Al-fatihah. Semoga dia dan pasangan dia tabah menghadapi semua ini. Kasihan dekat dorang tak dapat tgk jenazah buat kali akhir kerana jenazah dikebumikan di Mekah. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 

Wassalam
Much Love,
ZAZ (Bit Xamri)

2 Cute Comments:

AdaNaz87 said...

alolololo, ade cat house eh? comelnyeee kucing bit! gewaaammm je tengok! (;

stellaizz said...

cantek umah moiwww miowww

Blog's Owner

My Photo
Tampin, N9, Malaysia
Graduan UKM 08/11. Pesanan saya, jangan meludah dan buang sampah merata-rata. Korek hidung dalam bilik mandi. Sayangi Malaysia Negara Tercinta.

Pandanglah Lihatlah. :)