Bittak's Love Nest (FB page)

Blog's Owner

My Photo
Tampin, N9, Malaysia
Graduan UKM 08/11. Pesanan saya, jangan meludah dan buang sampah merata-rata. Korek hidung dalam bilik mandi. Sayangi Malaysia Negara Tercinta.

Monday, March 19, 2012

Colo and Coki in SmartHeart COTM (Cat Photos)

Hi Heliuuuuuooooo guys,

Aku sebenarnya tak berkenan sangat contest yang memerlukan raih Voters!.. Susah nak carik voters, plus awok dah la bukan retis, tak ada peminat...mahupun secret admire. Hak3.. Tak berkaitan, tapi kali ini bukan tuan Kucing yang perlu di Vote!...tapi kucing kucang nya... :)

Kenapa saya minat sangat dengan contest ni?
1) Hadiah yang menarik...
2) Hadiah yang best...
3) Hadiah yang ke babooooommmmmm..

Pokok pangkalnya, kalau memang, Colo Coki bakal dapat bekalan SmartHeart percumiiiii.... :) Sapa taknak kan? Colo Coki mesti nak...... Dalam kegawatan ekonomi aku skrg ni, kalau menang, mesti macam durian runtuh rasanyaaaa.. :P

Okays ini gambar Colo yang perlu di Vote.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3533652824118&set=o.279613768424&type=1&ref=nf


DAN

Gambar Coki yang perlu di Vote.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3530814433160&set=o.279613768424&type=1&ref=nf
















Terima Kasih daun keladi sudi LIKE gambar mereka!

OK, Bye dan Salam.

p/s : Syukur, colo dan coki dah muntahkan hairball, hari-hari aku risau pasal masalah hairball ni.

Cat cries for attention (Cute Video)

Hi hellliuuuuoooooo,

Tidak ku sangka kucing boleh jadi sebijak ini. Kalau la kucing aku Colo dan Coki buat perangai macam ni, mesti aku dah lambung-lambung di udara. Comeyyyyy sangat... Manjaaaaa. Tapi malangnya Colo Coki tak boleh nak berdiri camni, budakbudak ni kaki sebelah cacat. Tapi takpe, banyak lagi aksi hebat Colo Coki boleh buat. Hak3.......

Jom tengok!..




OK, Bye.

Sunday, March 18, 2012

3 Winners (Kontes Jelly Bell's Room)

Salam dan Hello,

Dah berjanggut tunggu kan? :) Baiklah, dah taknak buang masa sekarang nak umumkan pemenang pertandingan yang saya anjurkan akhir tahun lepas...

1) http://bicarafarah.blogspot.com/2011/11/kontes-jellybells-room.html

2) http://daxmanje94.blogspot.com/2011/10/kontes-jelly-bells-room.html

3) http://aimienami.blogspot.com/2011/11/kontes-jelly-bells-room.html

Seperti yang dijanjikan, setiap pemenang akan memperoleh sepasang contact lens daripada Jelly Bell's Room. Dan juga sebagai kejutan, akan memperoleh seketul/sebijik brooch fabric dari JBR. Suka tak? Hahah.. Kalau tak suka, tak paksa heee :) (ada rasa terkejut?) Haha

Okay, meh tunjuk sikit camna rupa fabric brooch ni laaaaaa kan.



Apapun, tahniah untuk pemenang. Terima kasih buat semua peserta yang sudi join walaupun hadiah tak seberapa. :) Maaf kalau ada salah silap atau kekurangan. InsyaAllah lain kali kalau ada contest/giveaway lagi, jemputlah join lagi. (Macam pantun lak kan).

Terima kasih sekali lagi. Cheers.

p/s : Pemenang diharap dapat email details anda ke bittakssoul@gmail.com. Nama, alamat, phone no.,contact lens (model, power L/R), nama FB. Boleh la rujuk Jelly Bell's Room untuk pilih yang mana berkenan okays. :)

Wednesday, March 7, 2012

Skrip wanita Islam

Assalamualaikum,

Idea untuk menulis entri ini terbit selepas aku terbaca 4 Alasan Wanita Buka Tudung.
Tudung apa yang mereka maksudkan, tudung saji ke?
Aku semacam tergelak sendiri, geli hati pula rasanya selepas terbaca post di Facebook.

"Pakai tudung tak wajib, menutup aurat adalah kewajiban"
(Ustaz Azhar Idrus)

Aku tergelak bila secara tiba-tibanya aku tersambungkan ayat Ustaz Azhar ni, jadi bolehlah pakai tudung saji asalkan menutup aurat. :P (tak kelakar pun kan)

Baik, kalau nak baca entri pasal 'alasan-alasan' tu boleh la klik sendiri. Sekarang, aku nak ceduk-ceduk sikit ayat-ayat kegemaran yang-famous-amous wanita islam...


“Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!” “Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”

“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!” “Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!” “Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini” “Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”


“Bertudung ni perlukan keikhlasan…” “Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.” “Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung” “Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang” “Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”


Nahhhhh...berikut merupakan skrip-skrip yang boleh kamu guna, tapi sebelum guna, kena baca dulu la apa jawapannya. Klik sini 4 Alasan Wanita Buka Tudung.


p/s : Hai, nak jadi 'ustazah blog' ke pulak aku ni? :P  (sharing is caring!)

Sunday, February 19, 2012

Bahasa SMS@mesej

Hi,

Aku dah lama berhijrah dari zaman-tulis-msg-euwww-euwwww ni. Ok senang bagi contoh je la kan. :)

Aku : Ehhh, korunk ktnew skunk?
Aku : Taw larh ko soank je yang nak belanjewww.
Aku : Aq xtaw lagi ahh nak p ke x.
Aku : Napeww? Ader hal penting kew?
Aku : Ko nek keta k?
Aku : Aq na mam nasik yg mama ko macak ley?
Aku : Tewok gileww tgk muke kau camtew...
Aku : Tolonk 42stat kan tok aku eh? si2asi x mengizinkan laaa tok aq p 2syen.


CONTOH je sebab memang tak reti nak ajuk balik. Dulu masa sekolah memang aku pun antara manusia yang menggunakan Bahasa@Ejaan SMS macam ni. Tapi kan lama-kelamaan bila hari berganti hari, tahun berganti tahun, ececececeh....dah besar la kan...automatik, aku tulis SMS panjang-panjang.

Dan aku paling menyampah bila orang dah tua nak tulis SMS macam ni. Haha. Ohhhh tolong laah okay. Tapi aku taklah memboikot. Lama-kelamaan mesti kau sedar sendiri..

"Sukatilahhh kan nak eja macam mana pun, kan duit aku yang bayar untuk kredit tu"

Haha..jangan salah faham, kesimpulannya, aku yang dah berubah sebenarnya, dah tak reti taip SMS macam ni lagi. Rasa sekarang diri ni dah tua ok, ouhh, Nerd pun adooooooo, sebab kalau tulis SMS dah macam Emak-emak, bapak-bapak, ejaan FULL.

Nasihat aku, kalau boleh adik-adik yang bersekolah taip SMS betul2 ok, supaya tak mempengaruhi karangan.esei adik-adik masa SPM nanti tau. Bukan tak ada kes, adik-adik yang tak pandai mengeja walaupun dah tingkatan 5..? Mahupun dah masuk Universiti?


Sekian. (Tag : Entri Tak Bermanfaat)

Pandanglah Lihatlah. :)